Monday, January 4, 2010

taubat seorang hamba..

Riwayat Imam Al-Bukhari...

Diberitakan dari Syimak:

Pada suatu hari Nu'man bin Basyir menyampaikan khutbah bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda:"Sesungguhnya Allah sangat gembira menerima taubat hambaNya, tatkala dia bertaubat, melebihi daripada kegembiraan seorang yang berkenderaan di tengah-tengah padang pasir kemudian haiwan yang ditunggangi itu lari meninggalkannya. Sedangkan di atas haiwan tunggangan tersebut ada terdapat makanan dan minuman bekalannya.

"Dia berputus asa untuk menemui kembali haiwan dan bekalannya itu. Lalu dia duduk berteduh di bawah sepohon pokok sambil berbaring, kerana dia benar-benar putus asa untuk bertemu kembali haiwan itu. Kemudian dia tertidur. Sejurus dia terbangun daripada tidurnya, dia mencari lagi untanya dengan berjalan kaki. Namun dia tidak menjumpainya. Dia berjalan lagi, namun gagal menemuinya. Dia terus mencarinya buat kali ketiganya, namun masih tetap gagal. "Namun sahaja apabila dia sampai kembali di tempat dia tertidur sebelum itu, tatkala dia asyik termenung, tanpa di duganya, tiba-tiba unta tunggangannya yang hilang itu muncul kembali, lengkap dengan bekalan yang dibawanya. Kemudian dia segera memegang tali tambatannya. Dan sesungguhnya, Allah S.W.T. jauh lebih gembira dengan taubat seseorang hamba berbanding kegembiraan si musafir itu yang menemui kembali untanya di padang pasir yang kontang dan tandus itu".


No comments:

Post a Comment