Sunday, October 6, 2013

TEKNIK NABI : Dorongan kepada pesakit

Beberapa minggu ini sambil observe student kaunseling pesakit, saya memikirkan dan cuba 'mencari flow dorongan mengikut Teknik Nabi yang boleh saya amalkan pada pesakit saya.

Flow ini masih boleh diperbaiki...dan boleh digunakan juga untuk ' bukan dietitian' spt doktor, nurse dan lain lain...

Berikut adalah beberapa flow aplikasi Teknik Nabi dalam mendorong pesakit yang memerlukan kaunseling diet. 

Mohon sahabat sahabat dietitian yang lain yang ingin mengamalkan Teknik Nabi ini mencubanya dan dapat memberi feedback adakah ia berkesan kepada pesakit kalian.

Saya masih mencuba on & off pada pesakit, mengikut kesesuaian disebabkan ada student yang attach bersama. 
______________________________________________________________________

Mendorong pesakit dengan TEKNIK NABI MUHAMMAD S.A.W

1 - Berikan tawaran kepada pesakit di awal sesi kaunseling sebelum memberi kaunseling. dengan lain kata, minta izin untuk memberikan nasihat kepadanya. 

Cth: jika dahulu saya bertanya : "Pakcik tahu kan kenapa doktor rujuk pak cik pada diet?sebab gula darah pakcik tinggi, jadi kita nak kena ubah cara makan pakcik."
(selalunya pesakit akan pasif sahaja dan memberi respon seperti menanti untuk dimarahi atau dileterkan. )

Kini saya cuba dengan " Pak cik, mahukah jika saya bantu pakcik untuk kawal gula darah pak cik dengan lebih baik?" 
(kini, pesakit lebih menunjukkan minat untuk mendengar dan bertanya lebih lanjut )

2. Elakkan soalan berbentuk siasatan semasa mendapatkan maklumat dari pesakit.

- ini adalah perkara yang biasa terjadi bilamana kita ingin mendapatkan full history atau kebiasaan pemakanan pesakit. Cara kita bertanya kadangkala menjadi seperti polis pencen dan kadangkala boleh sebabkan pesakit 'annoyed' dengan kita sebelum kita belum sempat memberi kaunseling diet lagi.

- Elakkan menggunakan perkataan "kenapa" dan tukar dengan "apakah"

Contoh :- kenapa pakcik minum air manis banyak?
- kenapa pakcik tak ikut saranan yang telah diberi sebelum ini?

tukarkan kepada : Apakah sebab pakcik minum air manis kerap setiap hari?
Apakah punca pakcik tak boleh ikut saranan yang telah diberikan?

- saya dapati, saya akan mendapat lebih banyak maklumat kenapa pesakit tak boleh ikut apa yang disarankan sebelum ini. 

3. Pejam mata pada kesalahan atau kesilapan yang dilakukan oleh pesakit.
- Elakkan mengkritik/menunjukkan kesalahan pesakit.

contoh : " salah ni cara pakcik makan ubat. Patutla gula tak turun turun.."
" laaa...patut la berat tak turun turun.awak ni makan snek banyak sangat.."

-Terus tunjukkan cara yang betul kepada pesakit. 

" cara makan ubat yang betul adalah sebelum makan utama.Gula darah pakcik akan lebih terkawal"
" pengambilan snek yang kerap antara waktu makan akan sebabkan berat badan meningkat"

4. Puji perubahan yang dilakukan pesakit walaupun kecil dan nampak tidak signifikan.Dan nyatakan impak perbuatannya itu. 

- puji perbuatannya, bukan orangnya.

" saya seronok tengok makcik sudah berjaya mengurangkan pengambilan air manis makcik kepada satu kali sehari berbanding 5 kali sehari. Gula darah makcik pun lebih cantik bacaannya"

'"bagus!! saya bangga awak mampu bersenam setiap hari 10 minit. berat badan sudah turun 0.5kg. Jika awak tingkat kan kepada 30minit sehari, sudah tentu berat badan awak akan turun dengan lebih banyak lagi"

saya baru sempat try 4 step ini kepada pesakit. Saya akan update lagi di masa hadapan jika ada kelapangan dan ruang..InsyAllah..

dan mohon juga sebarang penambahbaikan kepada flow saya ini..

waalahu 'alam
‪#‎qaykaunselinggayanabi‬