Sunday, September 27, 2009

tanda kematian

100 hari sebelum hari mati.  Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya  akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.  Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma  samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku  lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut  sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan  mengigil.  Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika  diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut  seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar  dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka  getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan  kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau  mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal  kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang  munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah  peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk  mempersiapkan diri dengan amalan dan  urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

40 hari sebelum hari mati  Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita  akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita  akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka  malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat  persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti  kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan  memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka  yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.  Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk  mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan  dicabutnya.   

7 hari  Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.  3 hari  Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita  iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka  berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis  dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika  ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang  sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.  
1 hari  Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu  denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini  menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.  
Tanda akhir  Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk  di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan  naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah  syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk  menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan  sekarang akan mematikan pula.  

PENUTUP  Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT  semuga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan  diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari  Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang  piutang kita. Walau bagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang maha  berkuasa lagi pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu  samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain. Namun ianya adalah  ketentuan Allah SWT semata-mata.  Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semuga kita  diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan  kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari  keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat.  Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang  salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.  WALLAHUA`LAM  Moga-moga setiap kita dan keluarga diampuni Allah dan diberkati  hidup dan mati hingga dapat mempersiap sediakan bekalan untuk hari kemudian  kita. Bacalah kandungan ini agar dapat menjadi ingatan kita semua.  Insyallah mulalah bertaubat, yang masih malas sembahyang ubah sikap umur kita  semakin hari semakin meningkat. Rezeki dicari biarlah betul-betul halal.  Biar sesal dahulu jangan sesal kemudian. Saya berpesan kepada diri  saya sendiri dan berharap saudara saya semua begitu juga. Cubalah  kita ingat mengingat sesama kita selagi mampu. 

2 comments:

  1. just womdering, ada doctor pernah detect these things tak..cam dia sedar tanda2 ni kat patient?

    ReplyDelete
  2. i dnt know..but sllunya dktr hnya akan tgok all the blood result, the condition of the patient yang kdg dah bg signal yang umurnya tak lama...

    ReplyDelete