Thursday, September 19, 2013

Teknik Nabi : Dorongan dengan Gelaran yang Disukai dan Baik Baik

Salah satu teknik mendorong Nabi Muhammad adalah dgn memberikan gelaran yang baik buat insan insan sekelilingnya..

lihat sahaja sahabat Nabi, pelbagai nama yang indah indah diberikan baginda Rasul spt Abu Bakar As-siddiq, Umar Al-Faruq.

pagi ni dalam perjalanan ke sekolah, saya tanya Zaffran. 
"Zaffran suka ibu panggil Zaffran nama apa?"
katanya " ibu nak panggil Zaffran boleh, Rizqi pun boleh.. tapi affan suka ibu panggil Rizqi..sb R sama mcm nama ibu..affan kan sayang ibu"
" ok..ibu panggil Rizqi la lepas ni..macam cikgu panggil di sekolah"
" ok...kalau ibu nak panggil Dr Rizqi pun boleh. affan suka..mcm Doktor McStuffin" katanya.
" ok..ibu panggil Dr Rizqi.."

sambil bersembang saya panggil dia Zaffran. dia diam tak jawab.

saya kata " mana ya anak ibu ni... ibu suka anak ibu bila dipanggil jawab terus. Allah suka anak yang soleh"

kata dia " dah ibu panggil Zaffran.. nama zaffran kan Dr Rizqi...apa la ibu ni..panggil la Dr Rizqi..baru la zaffran jawab" ^____^

"baik....lps ni ibu hati hati untuk panggil Dr Rizqi..."

adik yang dengar ibu bersembang terus jawab " ayihhh amaa.. oktor ayihh gak...panggil oktor..deh??" ( zariff nama Doktor zariff gak..panggil doktor, deh?)

tersenyum saya... perjalaanan pagi ni Alhamdulillah aman daripada pergaduhan dua beradik spt biasa.. 

Allahumma solli 'Ala muhammad...



No comments:

Post a Comment