Thursday, September 19, 2013

Langkah Awal Mengaplikasi Teknik Nabi Muhammad|

Saya copy paste dpd FB Ustazah Siti Khadijah
buat panduan smua  sahabat.

Langkah Awal Mengaplikasi Teknik Nabi Muhammad|

Bagi tuan, puan, cikpuan, para guru dan semua rakan FB yang baru mempelajari Teknik Nabi Muhammad, ini langkah awal bagi memulakan Teknik Nabi Muhammad yang telah dipelajari. 

1) Betulkan niat kerana Allah. 
2) Pandang dan lihat insan sekeliling sebagai insan yang mempunyai satu kebaikan ( paling minima).
3) Cari kebaikan tersebut, kemudian fokuskan untuk dipuji.
4) Mulakan kata-kata pujian dengan memuji perbuatan, hasil kerja, teknik atau kebaikan yang dilakukan.
-Saya kagum...
-Cikgu suka...
-Ibu gembira...
-Ayah bangga...
-Allah suka...
-Cikgu seronok...
-Nabi sayang... dll
5) Puji perbuatan, kebaikan, teknik atau hasil kerja + sebutkan impak daripada perbuatan, kebaikan, teknik atau hasil kerja yang dilakukan.
6) Binakan skrip kata-kata pujian atau dorongan dalam struktur ayat yang lengkap.
7) Tuturkan skrip yang dicipta kepada orang yang mahu dipuji.
 Yakin dan percaya kita hanya berusaha, dan Allah yang memberi hasilnya.
9) Catat atau tuliskan skrip yang telah digunakan bagi memudahkan kerja-kerja mencipta skrip yang baru.
10) Tuliskan catatan aplikasi keseluruhan Teknik Nabi Muhammad bermula situasi sebelum Teknik Nabi Muhammad, semasa dan selepas diaplikasi Teknik Nabi Muhammad.
11) Kongsikan di Facebook atau di blog dengan tag Ustazah Siti Khadijah.
12) Tetap istiqamah mengaplikasi Teknik Nabi Muhammad biarpun adakalanya tiada hasil.
13) Berserah kepada Allah setelah berusaha.

*Semoga langkah demi langkah di atas akan dimudah Allah. Selamat mengaplikasi, selamat merasai manisnya menjadi insan-insan disayangi.

No comments:

Post a Comment