Thursday, September 19, 2013

Teknik Nabi : menutup mata pada kesalahan

Teknik Nabi Muhammad dalam mendorong orang sekeliling, mengajar kita supaya sabar dan tutup mata pada kesalahan yang dilakukan...

dua tiga hari ini, saya lebih banyak pejam mata apa yang anak buat..
anak minum air, letak atas sofa dan air tumpah dan basahkan baju dan seluar saya yang duduk disebelah anak...

saya diam..bangun..ambil kain, lap. buka baju anak,bagi tukar.. kemudian masuk bilik..tukar baju..
anak lihat saya pelik, kerana ibu tidak marah... kata Zaffran " ibu..adik tumpahkan air, ibu tak marah ke?"

saya kata " tak, ibu tak marah...adik kan tengah belajar. insyAllah ibu tahu, lepas ni adik tak letak lagi air atas sofa kan adik?ibu tahu, adik tak sengaja nak tumpahkan air..."

"ibu suka anak ibu lepas minum terus letak dalam singki..baru air tak tumpah atas sofa dan basahkan baju kita " sambung saya.

Zariff terus ambil cawan air dia minum dan masukkan dalam singki dapur.

Subhanallah...sejuk hati saya rasa.



Teknik Nabi : Mengurangkan Mommy's Guilt

Mengamalkan teknik Nabi Muhammad juga sebenarnya adalah salah satu cara mengurangkan "mommys guilt"

Bila anak tantrum ,ibu marah-marah dan stres, dan kadangkala mula mencubit atau mengugut anak dan sebagainya...dengan harapan, anak akan diam dan tidak tantrum..

mungkin anak akan stop tantrum, tetapi selepas itu, ibu akan mula merasakan 'mommy's guilt' . 

" saya patut tidak cubit dia...saya patut handle anak saya dengan lebih baik.. saya patut ambil dan peluk dia..saya patut cuba pahamkan apa sebab dia menangis.saya bukan ibu yang baik..."

ya..saya juga sering merasakan perasaan ini..terutama bila saya sangat keletihan dan tak boleh nak buka mata lagi di waktu malam...atau sudah kelewatan di pagi hari dan anak mengamuk..

Namun sejak, mengamalkan Teknik Nabi, saya rasakan kekerapan merasakan Mommy's Guilt sudah kurang...walaupun ada juga.
contohnya pagi tadi :

Doktor Rizqi merengek dan menangis pagi ini nak main inhaler saya nak bawa ke sekolah.
Saya tak izinkan, dia menangis dan sudah menunjukkan tanda tanda membentak bentak...saya pujuk juga tidak jadi.

saya sudah hilang sabar...

saya cuba mendorong Doktor Rizqi dengan memuji adik Zariff dengan akhlaknya yang baik pagi ini..

saya katakan pada adik Zariff yang sedang melihat abangnya menangis... " alhamdulillah...ibu seronok tengok adik zariff main sama sama dengan kawan, tidak menangis.. baru la senang hati ibu nak pergi kerja"

" hmmm ayihhh baguss..." kata adik zariff

Namun, tak berjaya..

Doktor Rizqi terus mengamuk tanpa mempedulikan orang... saya dukung dia,dan peluk dia. Dia meronta ronta tak mahu didukung.. saya geram dan saya cubit dia...

dia menangis..saya peluk dia dan saya terangkan kenapa saya tak bagi dia main inhaler athma saya..dia lebih tenang dan berhenti menangis..

saya puji dia untuk tenangkan dia dan dorong akhlaknya yang baik ...

" ibu seronok sangat hari ni,Doktor Rizqi bangun awal, mandi tak menangis, pakai baju sendiri, gosok gigi sendiri".(puji hasil kerjanya )
"kan cepat kita keluar hari ni,boleh kita singgah kedai beli roti kan?"
(berikan impak kerjanya )

"hmmm...affan suka"katanya
"affan minta maaf ibu..." katanya lagi

" ibu pun sama minta maaf sebab cubit Zaffran tadi..ibu hilang sabar..lain kali ibu cuba sabar lagi ya..doakan ibu ya.." kata saya

"Ya Allah, bagi la ibu sabar tak marah marah anak ibu...bagi la affan jadi anak soleh tak nangis nangis" kata anak soleh saya sambil mengangkat tangan..

Ya Allah kau aminkan doa anakku ya Allah...

saya pergi kerja dengan senang hati walaupun masih ada Mommy's guilt sb cubit dan marah anak tadi.namun kurang rasanya perasaan bersalah itu daripada kebiasaan.

InsyaAllah..akan lebih bermujahadah lps ni dgn amarah di hati.
subhanallah..Alhamdulillah..Allahu Akbar


Teknik Nabi : mendorong adik Zariff

Zariff Rayyan adlh seorg ank yg a bit headstrong..
If dia kt A, A la..if kt B,B la..kbnykn ms sy gn kn kuasa veto sy sbgi ibu bila dia sudah amuking dan nak apa2 yg sy xbagi...yg end up dua dua frustrated
- ibu dan anak.. 

Mlm ni slps gosok gigi dan nak tidur dia nak mkn biskut raya.saya larang kerana gigi sdh digosok dan sy terlampau pnt nk layan kerenah dia.

Zariff tuang biskut atas lantai dan buang tudung biskut ke lantai..dia ddk atas lntai dan tgok saya nk kata apa...

Terasa darah mula naik ke kepala..kbiasaannya saya akan mrh dan suruh dia kutip biskut balik, yg end up saya jg yg kena buat..

saya tarik nafas dlm2 saya kata " subhanallah..pndinya ank ibu baling tutup bekas...sukanya ibu kalau adik kutip biskut ats lntai msuk dlm bkas balik...barula semut x dtg rumah kita.."

Dia diam xde respon.saya pun berlalu ke dapur dan ambil segelas air nk sjukkan hati saya.

Tiba tiba zariff dtg bw.bks bskut dgn biskut yg telah dikutip smuanya atas lntai." nahh.." katanya.dan berlalu pergi.

Subhanallah...terkejut saya.mmg sy igt dia akan tantrum kerana x diberi biskut. Sebaliknya dia terus masuk bilik dan baring.

Terus sy pergi kpd zariff dan kata " ibu syg adik sb adik tlg ibu kutip biskut.mesti lipas semut xdatng dah rumah kita."

Zariff kata " hmmm..ayihh olong ibu.." sambil peluk saya..

Happy sgguh rs hati sy mlm ni...  @-}--
Allahumma solli 'ala Muhammad..

#pejam mata pada kesalahan
#puji pada kebaikan/kekuatannya
#dorong anak untuk lakukan kebaikan


Teknik Nabi : Dorongan pada pengasuh d Taska

Saya mencuba dorongan teknik Nabi pd pengasuh di Taska Anak yg sdg mengemop lantai

"kakak suka tgok Ira ni
.rajin sgguh buat kerja.Allah pasti syangkan Ira sb rajin bekerja."
Tersengih2 dia sambil buat kerja..

Mudahan dia bertambh rajin bekerja menjaga anak2 di taska..

Teknik Nabi : Dorongan Suami


mendorong dengan teknik Nabi bukan shja utk anak, ttpi juga pd smua org skllg...esp suami/isteri/staff dll...

pg ni suami saya tlg ironkan baju sklh anak smntra saya siapkan anak..
kami berdua terlewat jaga...

sdg dia iron baju saya kata kan:
" terima kasih abang..
sy happy abng tlg ironkan baju anak pg ni (puji hasil kerjanya)
takla kelam kabut saya ( berikan impak kerjanya) "

suami pndg saya pelik ttp dia tersenyum..tak kata apa..

saya kelam kabut nak kluar rmh, anak2 pula ber' mesra-mesraan' dlm kereta..
saya masuk pnggil suami mnta tlg buka kan pgr sb sy dah lewat..
dgn sng hati dia trus buka kan pagar tanpa banyak komen spt sllu. mukanya pula jernih aja.....
dan kemudian dia msuk rumah dan keluar gntungkan baju2 di luar..

berbunga bunga hati saya suami tlg tp xsempat saya nak puji dia sb dah lmbt..

saya smskan aja.. " terima kasih abang...sy bangga ada suami yang rajin tlg istri buat kerja rmh... cpt urusan sy hari hari.. "

suami balas.. " ok.."

more than enough i guess....^__^

Allahumma solli 'ala muhammad

Teknik Nabi : Sabar menahan amarah

Nabi tidak marah..
Nabi tidak kritik..
Nabi tidak perli...
Nabi juga tidak berleter..

Nabi tnjuk cara yang betul...

beberapa kali nak tkluar dr mulut utk mrh/kritik anak bila dia buat perangai, ttpi teringat2 kata USK, saya ttp mulut rapat2...
adakala juga terlepas berleter dan ternaik suara, cpt2 sy ketap mulut...istghfar dlm hati tahan marah..

oh sukarnya nak bermujahadah dgn diri sndri... namun.. InsyAllah..
saya harus lbih banyak bersabar..
bak kata kak Nora Aurora, nak jd ibu kn bnyk zikir, bnyk istghfar..duduk saja2, jgn lps zikir di mulut..

rabbi yassir wala tu'assir ya Kariiim


Whatsap Zaffran dan Cikgu Yan nya

Teknik Nabi : Dorongan dengan Gelaran yang Disukai dan Baik Baik

Salah satu teknik mendorong Nabi Muhammad adalah dgn memberikan gelaran yang baik buat insan insan sekelilingnya..

lihat sahaja sahabat Nabi, pelbagai nama yang indah indah diberikan baginda Rasul spt Abu Bakar As-siddiq, Umar Al-Faruq.

pagi ni dalam perjalanan ke sekolah, saya tanya Zaffran. 
"Zaffran suka ibu panggil Zaffran nama apa?"
katanya " ibu nak panggil Zaffran boleh, Rizqi pun boleh.. tapi affan suka ibu panggil Rizqi..sb R sama mcm nama ibu..affan kan sayang ibu"
" ok..ibu panggil Rizqi la lepas ni..macam cikgu panggil di sekolah"
" ok...kalau ibu nak panggil Dr Rizqi pun boleh. affan suka..mcm Doktor McStuffin" katanya.
" ok..ibu panggil Dr Rizqi.."

sambil bersembang saya panggil dia Zaffran. dia diam tak jawab.

saya kata " mana ya anak ibu ni... ibu suka anak ibu bila dipanggil jawab terus. Allah suka anak yang soleh"

kata dia " dah ibu panggil Zaffran.. nama zaffran kan Dr Rizqi...apa la ibu ni..panggil la Dr Rizqi..baru la zaffran jawab" ^____^

"baik....lps ni ibu hati hati untuk panggil Dr Rizqi..."

adik yang dengar ibu bersembang terus jawab " ayihhh amaa.. oktor ayihh gak...panggil oktor..deh??" ( zariff nama Doktor zariff gak..panggil doktor, deh?)

tersenyum saya... perjalaanan pagi ni Alhamdulillah aman daripada pergaduhan dua beradik spt biasa.. 

Allahumma solli 'Ala muhammad...



Teknik Nabi : Trial kedua

Trial kali kdua mgguna teknik Nabi
Sesudah mandi abg long dan adik zariff xmau sidai towel.
Kebiasaan saya kata: 
"kenapa taknak sidai towel ni" (marah)
"tiap kali mandi nak kena ckp.xphm-phm"(kritik)
"sudah mandi towel xreti.nak sidai..bla bla bla" (membebel)

Saya cuba dorong dgn ckp kuat kuat
"sukanya ibu tgok towel ni bsidai lps mandi. Barulah kmas rmh kita." (berikan impak)

Zaffran kata : ok. Affan.sidai ya ibu.

Kata saya : terima kasih along..ibu suka along tlg sidai towel lps mndi..Allah suka anak soleh yg kms.

Adik plak tambh " ok..ibu idai towel..ibu anak oleh.
Katanya pula mnyuruh saya.

Oke..kn usha lg dgn adik..



Trial kali pertama Dorongan dengan Teknik Nabi Muhammad

Wahh..bsmgt cuba apply kan teknik Nabi pd Zaffran yg sdg mmanjt kerusi dan kacau adik..

"zaffran..sukanya ibu zaffran tlg buka pintu kaca(sliding door) dan langsir..Allah suka bdk yg rjin tlg ibu dia n baik dgn adik dia .meh ibu kiss satu"
Zaffran jwb " ok..ibu tlg buka tv boleh?"
Dan trus ddk n tak kacau adik lagi..
Alhamdulillah..suka sy..


Langkah Awal Mengaplikasi Teknik Nabi Muhammad|

Saya copy paste dpd FB Ustazah Siti Khadijah
buat panduan smua  sahabat.

Langkah Awal Mengaplikasi Teknik Nabi Muhammad|

Bagi tuan, puan, cikpuan, para guru dan semua rakan FB yang baru mempelajari Teknik Nabi Muhammad, ini langkah awal bagi memulakan Teknik Nabi Muhammad yang telah dipelajari. 

1) Betulkan niat kerana Allah. 
2) Pandang dan lihat insan sekeliling sebagai insan yang mempunyai satu kebaikan ( paling minima).
3) Cari kebaikan tersebut, kemudian fokuskan untuk dipuji.
4) Mulakan kata-kata pujian dengan memuji perbuatan, hasil kerja, teknik atau kebaikan yang dilakukan.
-Saya kagum...
-Cikgu suka...
-Ibu gembira...
-Ayah bangga...
-Allah suka...
-Cikgu seronok...
-Nabi sayang... dll
5) Puji perbuatan, kebaikan, teknik atau hasil kerja + sebutkan impak daripada perbuatan, kebaikan, teknik atau hasil kerja yang dilakukan.
6) Binakan skrip kata-kata pujian atau dorongan dalam struktur ayat yang lengkap.
7) Tuturkan skrip yang dicipta kepada orang yang mahu dipuji.
 Yakin dan percaya kita hanya berusaha, dan Allah yang memberi hasilnya.
9) Catat atau tuliskan skrip yang telah digunakan bagi memudahkan kerja-kerja mencipta skrip yang baru.
10) Tuliskan catatan aplikasi keseluruhan Teknik Nabi Muhammad bermula situasi sebelum Teknik Nabi Muhammad, semasa dan selepas diaplikasi Teknik Nabi Muhammad.
11) Kongsikan di Facebook atau di blog dengan tag Ustazah Siti Khadijah.
12) Tetap istiqamah mengaplikasi Teknik Nabi Muhammad biarpun adakalanya tiada hasil.
13) Berserah kepada Allah setelah berusaha.

*Semoga langkah demi langkah di atas akan dimudah Allah. Selamat mengaplikasi, selamat merasai manisnya menjadi insan-insan disayangi.

Bengkel USK di KOTA BHARU


Subhanallah...berbulan bulan sejak terjebak mngikuti post sahabt Hainey Sulaiman d fb buat saya tak sabar nak mnuntut ilmu Mendorong Anak dgn Teknik Nabi.

Alhamdulillah..bnyk ilmu yang diperolehi. tak dapat nak dickp betapa terasa spt mndpt satu smngt baru slps mngikuti bengkel ini... insyAllah akan cuba diaplikasi dlm khidupan.. sblm ini sudah mncuba cuba pd patient di klinik yang tegar utk tidak berubah..kmdian, nmpk ada perubahan..suka sgt...

insyAllah lps ni akan cuba lagi utk trus trusan mendalami Teknik Nabi Mendorong..