Thursday, March 11, 2010

anugerah di pagi hari...



pejam mata saja di awal pagi, terdengar titisan air jatuh ke atas bumbung rumah....


"Hujan!!!" dalam hati aku berkata...


dan seketika kemudian....BRUMMMM....kedengaran hujan turun dengan lebatnya...


"Alhamdulillah...Maha suci Engkau Ya Allah....terima kasih kerana menurunkan hujan....." bisik aku dalam kegelapan....


aku trus bangun membersihkan diri dan menunaikan solat Subuh dan membuat sujud syukur atas nikmat pagi hari ni...


Cuaca yang sangat panas kebelakangan ini, membuatkan aku dan zaffran slps makan malam, trus naik berkurung di dalam bilik dengan penghawa dingin di pasang...kulit kami yang agak "lokek" ikut slang kelantan, kerap benar menjadi gatal2 dan naik bintik2 merah exzema esp di msim2 panas ini...kulit zaffran yang dulu licin, kini kasar spt butiran pasir halus akibat ruam..... kini, dia sdh mula menunjukkan gatal2 di bawah pelipat kaki dan tgn spt aku..siann anak ibu gatal2..yang jd mgsa ibuuu juga nak kena garu kalo takmau zaffran mengamuk..."taaaa taiiiii...taaaataiiiii" huhu...


Hujan yang trun dr pagi td lagi, menyejukkan suasana..even di wad, aircond yang slama beberapa hari ni, tidak terasa dek kepanasan cuaca, terasa ckup nyaman dan dingin...kanak2 di wad juga hari ini, lbih tenteram berbanding semalam dan kelmarin yang asyik meragam dan mengamuk kerana kepanasan....pt2 di wad Gynae juga, kebanyakannya menyambung lena, mengambil kesempatan berehat di kala cuaca yang sejuk dan membuatkan trasa bagai ingin berguling di bawah selimut sahaja....alangkah seronoknya kalau aku juga dpt turut sama tidur seperti mereka..tetapi pesakit sudah ada   di klinik menanti khidmat aku...


Betapa hujan Rahmat  ini sgt dirindui dan dinanti2 oleh semua insan dan mahkluk Allah yang lain...
semalam, hujan turun seketika..tidak sampai 3 minit...tetapi reaksi orang orang yang sedang berlegar di kawasan HUSM semuanya memandang ke langit smbil menyebut.." Hujan..Hujan...hujan turun.." sehingga dr kawasan ofis ke atas wad, semuanya sedang memeprkatakan tentang hujan yang trun hanya sebentar...
namun, tidak ada seorang pun yang aku dengar mengucapkan..."Alhamdulillah...hujan trun" sambil lantas membacakan doa turun hujan..." allahumma sayyiban naafia'an..." doa yang pendek, yang diajar oleh Cikgu Sarilah semasa di Sraaz dulu, yang masih kuat tersemat dalam kotak ingatanku...aku cuba bersangka baik dengan mengatakan "mungkin mereka baca doa dalam hati.."  mudah mudahan begitulah...


 ~ manusia mudah lupa untuk mensyukuri nikmat yang tuhan berikan wpun sebentar cuma...~




1 comment:

  1. ye...tul tu...nikmat yg diberi utk sementara waktu..kekadang mendatangkan kesan yg panjang...rite???...

    ReplyDelete