Sunday, November 22, 2009

Project Mega Blogger : Care For Kakyong



aku dah lama tk jnguk blog..disebabkan bzzzzzz buat ptk yg bombastic ini....n bila sdh siap, terlihat la plak projek moga ini....

dah lm kak yong tk online...ada sbnyer..untuk mklumat lnjut, cek kt bwh ni aku paste from
cikpuan sitisifir..hehe




Kepada sesiapa yang belum maklum, laptop kakyong telah rosak dan untuk memperbaikinya adalah mustahil.
Yang terbaik bagi kakyong adalah membeli satu yang baru.
Tahukah kalian, apakah kesannya kepada kakyong?
  • kakyong tidak dapat membuat kerja part time (membuat akaun) tanpa laptop
  • jual beli ikan masinnya berkemungkinan terbantut
  • kakyong tidak muncul dengan entry terbaru (ini mungkin sekadar hobi tetapi interaksi sesama blogger sebenarnya boleh memungkinkan kakyong lebih mudah mendapat pelanggan
Jadi apa yang kita boleh buat untuk membantu kakyong??

  • Saya rasa paling cutelah, kita kumpulkan bajet untuk beli satu komputer dengan min spec. Sekadar dapat kakyong menjalankan semula kegiatan mencukupkan (bukan menambahkan) kewangan kakyong sekeluarga. Orang yang boleh belikan komputer itu, nanti kita bincangkan siapa. Jika tak ada orang, insya ALLAH saya boleh carikan. Sekali lagi mekanisme pengumpulan dana ni juga perlu dibincangkan.
Berikut adalah fakta nombor berkaitan Project Mega Blogger ini :

  • Tarikh Bermula : 18 November 2009
  • Jumlah Sumbangan Cadangan : RM 10 seorang
  • Tarikh Akhir Sumbangan : Sehingga kutipan mencukupi
Sumbangan boleh dibuat melalui bank dengan mengikut aturan berikut:

  • Masukkan sumbangan anda ke akaun Maybank (No akaun: 113042046831) atas nama Norhafizah Binti Madzlan.
  • SMSkan jumlah sumbangan & tarikh dalam tempoh 2 hari setelah sumbangan dibuat kepada sitisifir di 0199515058. Jika boleh, sertakan nama penyumbang untuk urusan rekod. Emailkan kepada sitisifir10@yahoo.com jika anda berurusan secara online.
  • Urusan rekod boleh dilihat di entry ini. Setiap urusan bank in akan di update dengan kadar segera insya ALLAH.
Sasaran:

  • Followers kakyong (270 orang ..huhu kalau ini aje darab 10 dah RM2700) – ini saya dah terjah yang mana yang boleh dikesan
  • Mereka yang ada dalam Kakyong’s Bloggerlist
  • Mereka yang peduli
Cadangan kepada sasaran :

  • Saya akan mesej seorang2 untuk beritahu hal ini.
  • Sila letakkan kempen yang sama di blog masing2.
  • Sila kerap berkunjung ke blog saya bagi mengetahui status penjumlahan kewangan. Kita nak kumpul seadanya sahaja bukan nak sara hidup dia…huhuhu….Bila sasaran dah cukup, kita akan hentikan segera projek ini.
Faedah:

  • Jika anda ikhlas, adalah tu nilainya di sisi ALLAH insya ALLAH
  • Silaturrahim sesama kita diharapnya semakin erat
  • Ada cadangan ke atau kot2 ada sponsor baucer ke?? :P
  • Jika boleh TOLONG RAHSIAKAN dulu dari kakyong. Tapi saya dah cakap sikit2 pada adik ipar kakyong (Miela Ikan Pekasam).

Put this logo in your blog/site and show your support OK!



1 comment: