Syurga rumahtangga itu fitrah hati
Naluri semulajadi yang pinta diisi
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Kerananya perawan rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapan
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan
Matlamat yang satu tetapi jalannya berliku
Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza
Lalu bermacamlah jalan ke sana
Bahagia itu dari dalam hati
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata dalam hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani
Bahagia itu pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada jiwa
Mahkota disinggahsana rasa
Bahagia itu kesabaran
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila gagal tak resah
Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuluskan niat luruskan matlamat
Suamiku, kaulah pemimpin menuju Ilahi&
Isteriku, kaulah permaisuri hati, penyeri Islamku nanti
Muktamadlah akad sahlah nikah
Denga nama Allah, gerbang perkahwinan pun terserlah
Binalah hidup di neraca maaruf
Rumah jadi sambungan madrasah
Seninya kerana solat
Indahnya kerana munajat
Tapaknya iman jalannya syariat
Natijahnya akhlak
Tiga penjamin segalanya
Kunci kebahagia rumahtangga
Dan terciptalah
Setia dan penyayang suami
Cinta dan kasih isteri
Lalu berbuah mahmudah demi mahmudah
Yang melahirkan soleh dan solehah
just a puisi yang aku tk ingt aku amik dr mana....a simple yet meaningful words to me..
No comments:
Post a Comment