Sunday, November 7, 2010

Janji Allah pd ibu2 yang aku sllu lupa...

kadangkala ada dtg masa2nya di saat dan ketika dtg satu perasaan yang malas taktahu nak ckp, nak buat apa2 pun...hatta memasak....kdg2 rs tak puas hati bila kita yang tgh sarat ni balik keje nak kena masak, layan anak, bg anak tido bla bla bla...bila hari mgu kita bnyak ms utk jaga anak dan suami plak dok layan tenet ke, tgk movie ke, main game ke...mmg rs tak puas hati gile la..bila mana, kita ni nak tgok tv ke, nak baca buku ke dok kena berebut dgn anak, tak pun kena layan dia main atau pun kena stunt dgn anak yang kuat dok melatih skil2 memanjat, meloncatnya...hahahah..

n kdgkala dtg rs tak puas hati tu..kenapa akuuuuuuuuuuuu jeee yang nak kena buat semua...pdhal ank tu anak dia juga(suami leee...)bukan suami tak tlg..banyak ditolong...but tapi bila syaitan laknatullah tu dok mghasut, haish...mmg mcm tak boleh pk rasional dah kan...tapi  hidayah Allah dtg dlm mcm2 cara nak ingtkan kita kenapa Allah bg bg semua tu pd kita,seorang istri dan ibu yang sedang sarat mengandung, baru mcm tersedar...kenapa Allah bg semua tu pd kita.....buat aku malu sndri sb merungut kdg2 n tak bsyukur dgn apa yang Allah dah bg dpt suami yang ckup baik dan rajin membantu...huhuh

sekadar nak berkongsi kisah yang terjumpa di dalam satu mel yang dihantr dlm user mel usm bru2 ni...

moga jd peringatan buat aku dan juga ibu2 yang lain.....

pesanan Baginda SAW terhadap puterinya Fatimah, tatkala Fatimah menemuinya sambil menangis akibat kepenatan menggiling tepung dan membuat kerja2 rumah..
“Kalau Allah menghendaki wahai Fatimah, pasti batu penggiling itu akan berputar sendiri untukmu. Tetapi Allah menghendaki untuk mencatat kebaikan-kebaikan untuk dirimu dan menghapus keburukan-keburukanmu serta mengangkat darjatmu.
Hai Fatimah, setiap isteri yang membuatkan tepung untuk suami dan anak-anaknya, maka Allah mencatat baginya memperoleh kebajikan dari setiap biji yang tergiling, dan menghapus keburukannya serta meninggikan darjatnya.
Hai Fatimah, setiap isteri yang berkeringat di sisi alat penggilingnya kerana membuatkan bahan makanan untuk suaminya, maka Allah memisahkan antara dirinya dan neraka sejauh tujuh hasta.
Hai Fatimah, setiap isteri yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisirkan rambut mereka dan mencucikan baju mereka, maka Allah mencatatkan untuknya memperoleh pahala seperti pahalaorang yang memberi makan seribu orang yang sedang kelaparan, dan seperti pahala orang yang memberi pakaian seribu orang yang tidak berpakaian.
Hai Fatimah, setiap isteri yang tidak menjaga tetangganya, maka Allah kelak akan mencegahnya (tidak memberi kesempatan baginya) untuk minum air dari telaga Kautsar pada hari kiamat.
Fatimah, tetapi yang lebih utama dari itu ialah keredhaan suami terhadap isterinya. Sekiranya suamimu tidak meredhaimu, tentu maka aku tidak akan mendoakan dirimu.
Hai Fatimah, bahawa redha suami itu menjadi sebahagian dari redha Allah, dan kebencian suami merupakan sebahagian dari kebencian Allah.
Hai Fatimah, manakala seorang isteri mengandung, maka para malaikat memohon ampun untuknya, dan setiap hari dirinya dicatat memperoleh seribu kebajikan dan seribu keburukannya dihapukans. Apabila sampai rasa sakit bersalin, maka Allah mencatatkan untuknya memperoleh pahala seperti pahala orang-orang yang berjihad di jalan Allah. Apabila telah melahirkan bayi,dirinya terbebas dari segala dosa seperti keadaannya setelah dilahirkan ibunya.
Hai Fatimah, setiap isteri yang melayani suaminya dengan niat yang benar, maka dirinya terbebas dari dosa-dosanya seperti pada hari dirinya dilahirkan ibunya. Ia tidak keluar dari dunia (yakni mati) kecuali tanpa membawa dosa. Ia menjumpai kuburnya sebagai pertamanan surga. Allah memberinya pahala seperti seribu orang yang berhaji dan berumrah, dan seribu malaikat memohonkan keampunan untuknya hingga kiamat.
Setiap isteri yang melayani suaminya sepanjang hari dan malam hari disertai hati yang baik, ikhlas dan niat yang benar, maka Allah mengampuni dosanya. Pada hari kiamat kelak dirinya diberi pakaian berwarna hijau, dan dicatatkan untuknya pada setiap rambut yang ada ditubuhnya dengan seribu kebajikan, dan Allah memberi pahala kepadanya sebanyak seratus pahala orang yang mengerjakan haji dan umrah.
Hai Fatimah, setiap isteri yang tersenyum manis di muka suaminya, maka Allah memperhatikannya dengan penuh rahmat.
Hai Fatimah, setiap isteri yang menyediakan diri untuk tidur bersama suaminya dengan sepenuh hati, maka ada seruan yang ditujukan kepadanya dari langit, “Hai Wanita, maka hadapkanlah dengan membawa amalmu. Sesungguhnya Allah telah mengampuni dosa-dosamu yang berlalu dan yang akan datang”
Hai Fatimah, setiap isteri yang menyapu minyak rambut suaminya dan juga menghiaskan janggut, kumis dan memotong kuku-kukunya, maka Allah kelak memberi minum kepadanya dari rahiqim makhtum dan dari sungai yang ada di syurga. Bahkan Allah kelak akan meringankan beban sakaratul maut. Kelak dirinya akan menjumpai kuburnya bagaikan taman surga. Allah mencatatkan dirinya terbebas dari neraka dan mudah untuk melalui titian sirot”
Subhanallah.

No comments:

Post a Comment