Wednesday, August 25, 2010

ramadhan tahun ini...

Alhamdulillah..tahun ni Ramadhan dpt dipenuhi dengan jayanya...wpun ada hari lembik selembik2nya, tapi masih mampu bertahan utk tak buka puasa....pt pun tak berapa ramai kebelakangan ini..syukur...mudah2an speti tahun2 lps, makin nak raya makin kurang pt ke hosp...


tahun ni trasa Ramadhan lbih bersemangat dan terisi...pgi2, dtg ofis smpt tadarus dua tiga pipi Quran sblum naik ke wad utk tgok pt, dan slps zohor , asar dan mgrib smpt lagi tadarus ..so far rs pling lmbt pun dua hari boleh hbiskan satu juz...kdg2 if Zaffran tak kacau boleh lama skit tadarus, if dia sbuk nak membaca skli, tpksa simpan Quran if tak, dia pulak yang nak membacanya...terawikh pun baru 2 mlm tlpas..tu pun sbuk tak larat sgt, n bila bangun nak bersahur dah terlambat utk terawikh...hanya sempat bersahur sahaja...sllunya, if penat sgt, aku solat dulu 4 rakaat Isyak dan 4 rakaat terawikh..bergantung pd zaffran..if dia ok, takde mslh nak habiskan semua..kalau dah start buat bnyi2 atau dok tarik2 telekung, pnjat belakang ms solat, hmmm...tak khusyuk juga nak solat...maka terpksa la berenti dan layan dia...kdgkala ksian dia juga tak layan Zaffran mlm2 bila dia menagih perhatian dan mahu bermain, bilamana bulan2 puasa ni xsmpt kami nak membawa dia kluar bermain spt sllu, ibu sbuk nak memasak ptg2, abah kepenatan atau sbuk membasuh baju2 ptg2 utk disidai pg esok sb mlm nak pergi terawikh d msjd...blik pun dah 10 lbih.....if tak, mmg berlonggok la baju ke wknd dan akan jd rmh kami spt kdi dobi...mslh air yg sllu hanya naik ke tangki pd wktu tgh mlm, mbuatkan kami tak boleh guna air tgki utk mbsuh baju..maka, abah Zaffran la yang mengambil alih urusa mnguruskab baju2, dan tpksa la menahan air dalam bekas besar dan memasukkan ke dalam mesin basuh secara manual..if pki air tangki buat bsuh baju, alamatnya kami tak boleh msuk bilik air la....owh..kami sdh sgt tak sbr nak msuk ke rumah baru dengan harapan, air  di rumah baru ok dan tak lg menyusahkan ibu nak membasuh bju2 dan cd2 zaffran itu...tmbh2an plak smakin lama semakin sarat dan tak larat bw perut ini..huhuh...


setakat ni, masih berterawikh di rumah...nak bw ke masjid pondok, risau takut dia terjun dr pinggir masjid yang tak berapa nak siap atau drpd tangga yang tinggi2 tu...bukan apa, msjid pondok tuh, drpd aku mula dduk di pasir tumbuh ni, still dlm pembinaan yang blum siap2 lg...stiap pembinaan masjd tu ikut fasa dan dana yg ada hasil sumbangan org ramai..sdihkan..tgok msjid yang jd tmpt anak2 muda menuntut ilmu agama dan sntiasa penuh stiap ms, tak berapa nak siap dan msih dlm pembinaan yg dah bertahun2 sdgkan berlambak2 msjd2 besar yang cntik2, sntiasa ksong kcuali hari jumaat atau bulan ramadhan... aku begitu rindukan mendengar suara imam tahfiz di msjd pondok tu membaca ALquran sms solat..terasa menusuk smpi ke kalbu bacaannya...ingin skli ke msjd ttpi bila Zulffi kata dia tak selesa bw anak ke msjd sb tkut mggu jemaah lain di msjd, aku hnya solat di rumah sahaja sndrian....takpela..sekurangnya dpt juga berterawikh....


di usm juga boleh dikatakan hampir 3 kali smgu wktu petang ada tzkirah atau ceramah Ramadhan...buat aku yang mls benar nak buka usermail usm, sllu termiss...setakat ni bru skli dpt pergi...insyAllah yg akan dtg akn cuba luangkan ms kalau tak sbuk utk pergi...


berbuka spt tahun2 lps, aku mmg msak hatta lauk2 simple..kalo takde kuih, stkt ptong buah pear sbiji pun sdh ckup utk kami berdua...zaffran, if menu menarik hati mcm kuew tiaw kungfu, mee sup, bihun tomyam, banyak dia makan..if nasi, puas mengejar,...mcm2...anyway...msih ada spruh bln lg..mudah2an d permudahkn utk smpi k hujungnya...time2 ni la nk bdoa moga bslin kli ni dpmdhkn segalanya...aminnn

AL-QADR

kisah Dajjal - refresh memoriess

Kedatangan Dajjal

Ada riwayat Muslim yang diterima dari Fatimah binti Qais mengatakan: “Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.” Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku me-nyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Al-Dariy adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal. Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya.

Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya.

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?” Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.” Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?” Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu.

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya. Mereka bertanya: “Siapakah anda?” Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”

Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini.

“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.” Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: “Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” nama tempat di negeri Syam. Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan maksudkan?” Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?” Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”

Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.” Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?” Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.” Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”

Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?” Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.” Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.” Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.” Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”

Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?” Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.

Rasulullah s.a.w telah menguatkan lagi bahawa Dajjal akan datang dari arah timur. Ada yang mengatakan bahawa Dajjal akan datang dari Khurasan atau Asfihan.

 Khutbah Rasulullah SAW tentang Dajjal
Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

“Di antara fitnah Dajjal itu juga dia membawa syurga dan neraka. Nerakanya itu sebenarnya syurganya sedangkan syurganya itu neraka, yakni panas. Sesiapa di antara kamu yang disiksanya dengan nerakanya, hendaklah dia meminta pertolongan kepada Allah dan hendaklah dia membaca pangkal surah Al-Kahfi, maka nerakanya itu akan sejuk sebagaimana api yang membakar Nabi Ibrahim itu menjadi sejuk.

“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata kepada orang Arab: “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?” Orang Arab itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama. Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”

“Di antara tipu dayanya juga dia tipu seseorang, yakni dia bunuh dan dia belah dua. Setelah itu dia katakan kepada orang ramai: “Lihatlah apa yang akan kulakukan terhadap hambaku ini, sekarang akan kuhidupkan dia semula. Dengan izin Allah orang mati tadi hidup semula. Kemudian Laknatullah Alaih itu bertanya: “Siapa Tuhanmu?” Orang yang dia bunuh itu, yang kebetulan orang beriman, menjawab: “Tuhanku adalah Allah, sedangkan engkau adalah musuh Allah.”
Orang itu bererti lulus dalam ujian Allah dan dia termasuk orang yang paling tinggi darjatnya di syurga.”

Kata Rasulullah s.a.w lagi: “Di antara tipu dayanya juga dia suruh langit supaya menurunkan hujan tiba-tiba hujan pun turun. Dia suruh bumi supaya mengeluarkan tumbuh-tumbuhannya tiba-tiba tumbuh. Dan termasuk ujian yang paling berat bagi manusia, Dajjal itu datang ke perkampungan orang-orang baik dan mereka tidak me-ngakunya sebagai Tuhan, maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman dan ternakan mereka tidak menjadi.

“Dajjal itu datang ke tempat orang-orang yang percaya kepadanya dan penduduk kampung itu mengakunya sebagai Tuhan. Disebabkan yang demikian hujan turun di tempat mereka dan tanam-tanaman mereka pun menjadi.

“Tidak ada kampung atau daerah di dunia ini yang tidak didatangi Dajjal kecuali Makkah dan Madinah. Kedua-dua kota itu tidak dapat ditembusi oleh Dajjal kerana dikawal oleh Malaikat. Dia hanya berani menginjak pinggiran Makkah dan Madinah. Namun demikian ketika Dajjal datang ke pergunungan di luar kota Madinah, kota Madinah bergoncang seperti gempa bumi. Ketika itu orang-orang munafik kepanasan seperti cacing dan tidak tahan lagi tinggal di Madinah. Mereka keluar dan pergi bergabung dengan orang-orang yang sudah menjadi pengikut Dajjal. Inilah yang dikatakan hari pembersihan kota Madinah.

Dalam hadis yang lain, “di antara fitnah atau tipu daya yang dibawanya itu, Dajjal itu lalu di satu tempat kemudian mereka mendustakannya (tidak beriman kepadanya), maka disebabkan yang demikian itu tanam-tanaman mereka tidak menjadi dan hujan pun tidak turun di daerah mereka. Kemudian dia lalu di satu tempat mengajak mereka supaya beriman kepadanya. Mereka pun beriman kepadanya. Maka disebabkan yang demikian itu Dajjal menyuruh langit supaya menurunkan hujannya dan menyuruh bumi supaya menumbuhkan tumbuh-tumbuhannya. Maka mereka mudah mendapatkan air dan tanam-tanaman mereka subur.”

Dari Anas bin Malik, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Menjelang turunnya Dajjal ada tahun-tahun tipu daya, iaitu tahun orang-orang pendusta dipercayai orang dan orang jujur tidak dipercayai. Orang yang tidak amanah dipercayai dan orang amanah tidak dipercayai.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w ada bersabda: “Bumi yang paling baik adalah Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal nanti ia dikawal oleh malaikat. Dajjal tidak sanggup memasuki Madinah. Pada waktu datangnya Dajjal (di luar Madinah), kota Madinah bergegar tiga kali. Orang-orang munafik yang ada di Madinah (lelaki atau perempuan) bagaikan cacing kepanasan kemudian mereka keluar meninggalkan Madinah. Kaum wanita adalah yang paling banyak lari ketika itu.

Itulah yang dikatakan hari pembersihan. Madinah membersihkan kotorannya seperti tukang besi membersihkan karat-karat besi.”
Diriwayatkan oleh Ahmad, hadis yang diterima dari Aisyah r.a. mengatakan: “Pernah satu hari Rasulullah s.a.w masuk ke rumahku ketika aku sedang menangis. Melihat saya menangis beliau bertanya: “Mengapa menangis?” Saya menjawab: “Ya Rasulullah, engkau telah menceritakan Dajjal, maka saya takut mendengarnya.”
Rasulullah s.a.w berkata: “Seandainya Dajjal datang pada waktu aku masih hidup, maka aku akan menjaga kamu dari gangguannya. Kalau dia datang setelah kematianku, maka Tuhan kamu tidak buta dan cacat.”

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda: “Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa.”

Ada yang bertanya: “Ya Rasulullah, tentang hari yang terasa satu tahun itu, apakah boleh kami solat lima waktu juga?” Rasulullah s.a.w menjawab: “Ukurlah berapa jarak solat yang lima waktu itu.”
Menurut riwayat Dajjal itu nanti akan berkata: “Akulah Tuhan sekalian alam, dan matahari ini berjalan dengan izinku. Apakah kamu bermaksud menahannya?” Katanya sambil ditahannya matahari itu, sehingga satu hari lamanya menjadi satu minggu atau satu bulan.

Setelah dia tunjukkan kehebatannya menahan matahari itu, dia berkata kepada manusia: “Sekarang apakah kamu ingin supaya matahari itu berjalan?” Mereka semua menjawab: “Ya, kami ingin.” Maka dia tunjukkan lagi kehebatannya dengan menjadikan satu hari begitu cepat berjalan.

Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah SWT mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”

Dan menurut ceritanya setelah munculnya Dajjal hampir semua penduduk dunia menjadi kafir, yakni beriman kepada Dajjal. Menurut ceritanya orang yang tetap dalam iman hanya tinggal 12,000 lelaki dan 7,000 kaum wanita.

Wallahu A'lam.


Friday, August 6, 2010

kerana kasih hamba turutkan jua...

hari ni menu simple saja..but simple pun yang memang menepati selera ibu berbadan dua ni yang tak menentu..

mula2 nak makan mee kuah..tiba2 tak mau plak....trasa laaa nak mkn bnda lain..
tepon la ke Inche Somi di pasar suruh beli bahan2...nasib la kwn tu bru je smpi...

jd nya, tghri siap2 siang ikan ayam bla bla bla...siapkan la menu utama...

kurma daging dihiris halus, masam2 sb letak asam keping banyak..baru terasa di lidah yang tak berapa nak rasa...(kalo abu msti takmo makan...masammmmm hihi)



then ini juga.....nyum nyumm



kerabu mangga muda..n yang lebih sedap pelam telur yang memanglaaaaaaaaaaaaaa masam tak hingat tuhhhh...ditmbh dengan serai dan bunga kantan, dan juga ikan bilis dan ikan kembung goreng garing...sedapppppppppppp......

dan yang ini laaaa hasil belas ihsan kasih syg Inche Somi...

ikan kembung bakar dicicah air asam...sama ikan tuka bakar...


penat2 balik solat jumaat si isteri dah mnta tlg bkrkan ikan tgh2 hari panas merembang tuh...dengan muka yang konon2 sdih n teringin gile, yang membuatkan Inche Somi tak smpi hati nak kata, "nnti la...panas tuhhh".. Terima kasih sayang......hehehe

maka makan la nsi saya di tghari yang dah lewat dengn penuh seleranya tapi tak bertambah pun nasi...sb penat masak dan bersilat di dapur dua, tiga jam...huhuhu..

tapi kurang2ny, berselera la juga....dan ptg ni menyicah mangga telur tu ngan garam dan kicap gula...aduhhh..kecurrrrrrrr.....





serangkap pantun buat Inche Somi...

Nasi lemak buah bidara
sayang selasih hamba lurutkan jua
Buang emak buang saudara
kerana kasih hamba turutkan jua...hehehhe...Tq abangg...


Wednesday, August 4, 2010

sgguh terujaaa



akhirnya...teruja teruja...aku dpt juga apa yang nak...slps berpinar mata tgok brg, so dah dipesan dr amazon.com dgn bntuan seoranggggggg insan ni dpt la juga a few things utk bby....

spt yang ini.....hehehe

takla lentok baby nnti dlm carseat baharu yang blum di beli sb abahnye kata..NAK LETAKKK KATA MANA ??????????RUMAH PENUH DAH BARANGGG NIIIIIIIIIIIII!!!!!!!!!!! huhuh

xpala..car seat blum dpt, bli la snuggler dulu..kat sini alahai...mai smpi seratus lebih...aku bli ni dlm 30 jerk....gile aaa msian market...



dan juga ini......hahaha..sdap la skit nak bfeed nnti..takla lnguh2 bdn nak patah pggang nnti,InsyAllah....ini kat msia RM188 pling murah..i bli baru la dlm 90hinggit...huhuhuhu



and a few of this.... and this.. so boleh la anak kku jd mcm gini la kononnya...hahaha...

org kata jinx bli awal2 ni...but dah terbeli..smntara ada org nk tolong..huhuhu...n smntra rezki murah ni...bnda mmg nak pakai, n perlu..so bli la smntra ada..nnti dah msuk rumah, babaiii lerrrr...hihihi

penat sudah mahu menegur

aku mgkin adalah salah seorang dietitian yang dibenci oleh student...sbnya aku suka marah n tgur student..esp student yang tgh attach ngan aku....smpi kwn2 aku siap warning or label Pn Qay as dietitian yang garang n strict ngan student...


aku tak suke nak marah2 atau tgur2 student but kalau student sndri yang Ya Tuhannn..menguji sgguh kesabaran skrg ni...bukan aku sja yang ckp but kwn2 yang lain pun ckp, mmg truk sgguh student2 skrg..bayangkan sudah di tahun akhir dan nak grad dah, tp spt 3tahun belajar satu bnda pun tak msuk kpla...


bole ke smlm aku suruh counseling pt pasal diet utk kncing mnis ms bulan puasa..jwpnnye..." taktahu nak kaunseling.." tnya napa? " sb takde org ajar...lgpun saya tak pernah puasa"...Ya Allahhhhhhhhhhhhh..tak ke rs nak naik angin saja dgr jwpn mcm tuh...
perlu kah kamu menjdi seorang muslim utk ajar pt cara mkn di bulan puasa..dah tu perlukah kamu menjadi seorang berbangsa India utk ajar pt cara mkn vegetarian yang sbnrnya?


as a dietitian kamu sndri kena la aware dgn corak pemakanan ikut etnik, bangsa lain, spya kamu boleh jd dietitian yang versatile..bkn kamu keje sok boleh plih pt ikut suka suki kamu...kalo yg datg tu tnya soklan yang kamu tak reti, kamu nak jawab mcm tu kah???nak tnjuk kamu ni tak cerdik, tak pndi , tak kompetent dpan client kamu???haila.....ni kalo org utagha kata, akai letak kat kepala lutut ka apa....


n no common sense is sorts of like a common trait...for example, u are a final yr medical students..u are already late for round with your lect in ward...u guys rush to the ward and then just dump ur bags, files, ur big tumbler of drinking bottles on the couch that is reserved for patient to wait to see the doctors or consultation or discussion with the medical professionals and left the patients n relatives standing around the seating area with no seats to sit upon...WHEN, u are already are provided with a locker to put all your stuff in it...INSTEAD!!!!!!!!!!!U DUMP IT ON THE COUCH!! no common sense right? AND OF COS ME, as one of the people yang tgh nak counsel pt and have no place to sit with alllllllllllllll of the bagsssss, and stufffffsssssssss on the couch would tell the students to put their things on the shelf as its not the right place to put your things...AND what's more, they have the spunk to " tarik muka n tnjuk muka tak puas hati " pd me sb tgur diorg....am I the one at fault or am I not?camana la tak naik darah aku....tu blum jd Doktor lagi..dah naik jd MO, Pakar, i taktahu la camana if that kind of attitude tak berubah...this kind of students yang bila bru naik jd HO pun, wahhh bukan main lagi besar kepala...even sama ini dietitian yang lebih senior umurnya dan of cos servisnya...ishishish...if u cannot respect me as a dietitian yang tak la penting mana kan tugasnye, at least hormat me as ur senior or older person...


n student plak skrg, sume nak ikut teoriiiiiiiiiiiii saja...kalo la pt tak lalu makan, trus nak msuk tiub feeding pdhal pt boleh makan but just poor oral intake.org sakit, normal la tuh...but u kn la cari alternative ke apa...dua mggu ikut aku spt satu bnda pun tak msuk dlm kepala...itu tak buat, ini tak tnya...lain yang disuruh, lain yang dibuat...bila tnya napa tak buat?jwpnnya tak dan, tak tahu...ntah...jwpn yang paling rs nak tcabut anak tekak aku nak marah...


dietitian lain kdg mls nak berbunyi suara, nak bising2..hnya bila dah tak kena sgt bru nak ckp..atau bila ckp pun jnis lmah lmbut, berlapik...aku ni jnis, direct..if slah tak btul tgur trus, takkan nak biar dah truk br nak perbaiki..nak biar trus student buat bnda salah tak betul...xkira dkt mana..dktr2 sllu kata aku garang bila ajar student...huhu...ala...dktr pakar ajar diorg pun grg gak...dah namanya student, mmg akan buat salah..but kena la bljr supaya tak ulang kslpan tu lagi..ni tak...dok la buat bnda yg sama tiap hari...


kdg2 tu penat...kdg tu aku, lantak la korang...mgkin agak harsh but if dah ckp bnyak kali dok buat juga, spt takde maknanya aku nak bckp bnyak2..takde pekdah pun....aku yg penat..n bknnye aku rugi papa pun...diorg yg rugi sb takmau kutip ilmu2 yang ada smntara msih smpt..dah keje nnti sapa laaa nak ajar mcm tu lg..semua kn buat sndri...


I know, skills  dtg mlli pengalaman..but if nak dpt pengalaman n skills  tu u ilmu takde nak buat bekal, camana u nak pndi n acquire that ilmu...haila....

i just hope I have this kesabaran nak ajar student....I know they are my responsibility..although I am not a certified or officially a teacher, but I am...trully am as I come from a long line of teachers from my greatgrandpa to my dad n mom n sisters...
Dear Allah, please give me your blessings towards this challenging journey, so i could be a better teacher that can guide her students for the better and spread the knowledge that can be use for the better human life and also as one of the amalan that I could rely upon after I had passed on....Dear Allah, please give me blessings n ikhlas tru all of this journey....aminn

 Abu Hurairah r.a, berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam:


1. Sedekah yang berjalan terus [sedekah amal jariah].
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya.


wallahua'alam 

Sunday, August 1, 2010

wishlist gatal tangan utk si adik

aduh...awal2 prgnncy ni, trasa mcm malas nak bli itu ini lg..sb masa si abang dulu 6 bln ke atas bru mncari itu dan ini...

most of the things dah ada..even baby wipes si abang yang berbalang2 pun masih ada...
cuma nak tmbh sikit brg je spt barut, baju2 tmbhan dan sarung tangan n  kaki yang elok skit sb yang abangnye dah lasam benar sbb tibai pakai smpi umur 3 bln lbih smpi kena tgur dgn misi kat klinik kshtn..huhuh..salah ka???huhu

cumanya ibunya, trasa nak mbuat psiapan dgn bli brg2 yang perlu dibeli hihih..sb kalo tak siap skrg, nnti dah nak pindah ke rmh baru, nak kene mengemas rmh plak, sbuk nak cari lmpu, kipas langsir bla bla bla...msti dah bosan nak sopping2 tgok brg bby nih...n hujung2 thunnya plan just nak kuarkan brg2 abangnye n bsuh2 n smpn siap2 utk kegunaan...haila...bnyak nye nak setelll..tapi Cik qay ni kan suka plan dr awal....hihihi

antara brg yang mmg nak kena cari is Car seat utk baby...yang abangnye ms baby dah letgo sb nya abang nya bdn dan kaki cepat membesar disebbkan gene ibu dan abah nya yang memangnye bersaiz renjong2..so si adik ini perlu la beli car seat bru yang baby n at least muatla utk smpi umur setahun kurang2...huhuh..tp nak bli skrg pun nnti abahnye bising, rumah penuh ngan barang, kasi tmbh lagi,..lain kalo rmh dah siap...hailaaa...bila la rmh nak siap nihhhhh...

ibunya juga tgh gatal nak cari prefold dan covers..saja nak try prefold plak..but ms dlm pantang sudah smestinya nak kena pki DD sb sian kat Tok mi nak membasuhnya plak..lain la kalo bpntang di KB abahnye ada nk tolong bsuhkan...so stok DD juga perlu dibeli awal esp msa sale..hihihi
Owh tak lupa juga training pants utk si abang Zaffran nnti...ms bpntang la kononnya nak potty train nak letgo CD sb CD nak bg sama adik plak..hihihi...boleh ka bgitu?skrg, nak potty train dia spt taktahu nak ckp lagi nak pee atau poo wpun dok ajar dan ckp...huhuhu...

then apa lagi..owh..ibunye bermimpi nak beli bF pillow ni utk bfeed adiknye sb ms abangnye, sakit pinggang n blakang yanga amat sbnya ibunye takut nak pgg bby nak bfeed n kekok so asyik tunduk aja nak support baby.masa tu taktahu la plak ada bntal gini utk bfeed support..so since dah tahu, nak bli la bantal ni...hihih..gatal ke tak???

hmmm...apa lagi?pam botol msih bru2 lgi...S3 masih bolh pakai, isis pun masih ada dlm kondisi elok...syg nak diletgo sb yang pertama guna utk pam susu...oh ya...cooler bag yang lbih besar, n disposable storage perlu juga dibeli buat psediaan utk stok susu...ice pack masih bru ditukar, so tak perlu kot...hmm..hajat di hati nak bli medela FS...sng n mobile..but spt kata HUda, best lgi spectra 3 sb suction kuat...hihih..tgh berpikir berbaloi kah utk beli??mobile mmg mobile..sng nnti dlm kete pun boleh pam, smbil msk n buat keje pun bole pam..atau smbil tgok tv..tak perlu duduk dkt plug sb nak heret wayar pnjg..ihihi..tgokla..ada bajet lbih boleh la...kita pesan sama Pak Njang 'Ammar d korea ya??hihihi

hmm...apa lagi ya yang nak cari....idea gatal tangan sila la dtg...hihihi

oh ya ..terasa gatal tgn juga mahu membli sterilizer dan milk warmer nti..hajatnye ingin letak warmer di nurseri spya sng keje Kak Ani nak warm up susu...takde la susu sejuk ke apa....hmmm...sterilizer tu plak perlu ke tak agaknye ye....hmmmm


18 weeks and counting



Baby, fetus at 18 weeks - BabyCenter

owh... sudah tak sabar utk mlihat si kecil ini kluar...lmbat lgi rsnya nak kluar..
baby bump sdh mulai nmpak, tp bg orang spt saya yang suka pakai baju bsar, msih rmi staff di wad yang taktahu CIk qay sorg ni tgh prgnant 4 bulan..hihih


kain pun sdh mula trasa ketat wpun baju sumenya bsar2 but kainnye pinggang ramping sngt...sesak napas dibuatnya...


Si putera kecil pula skrg bukan main lagi nk tidur msti atas perut ibu tanpa alas baju...nak skin to skin spt sdg mndgr apa yang adik sdg cerita dlm perut...senak kdg tu toksah kata..bila dilarang, menangis spt kena marah smbil menutup mulut menahan sebak..sdih la plak tgok...huhuhu


trasa spt sdh merasakan pergerakan yang sgt subtle..cuma tak sure hnya perasaan atau pun yang sbnrnya...sgguh tak sbr nak melihat dan memegang si kcil...
cumanya trasa bsalah, sb utk kali ini, ibunya tak serajin smsa si abang membacakan ayat2 suci setiap mgrb ke isyak, membaca doa2 amalan dan mencuba khatamkan quran dan tafsirnya di sebab kekangan masa utk menguruskan di abang yang sllunya sdh cranky mengantuk time mgrb2 begitu...kalo si abang baik moodnya, smpt bersama mbacakan quran buat kedua2 anak skli...jika tidak, kena cari ms lain di opis yang tiada gangguan...


kasihan si kecil...ibunya kelam kabut menguruskan si abang dan abah smpi terlupa akan si adik...maafkan ibu ya...ibu jnji akan cuba lbih tumpukan perhatian pd adik ya.....


mudah2an dpt la khatam quran Ramadhan ni dan sempurnakan puasa dan terawikh dgn sebaiknya....