pd tahun ni, saya tgok smkin kerap.Almost setiap mgu ada satu ada dua ceramah agama yang diadakan...ada kls Tahsin Alquran.Ada bengkel Kesempurnaan Solat. ceramah Zakat, Puasa, Haji dll....subhanallah..kadgkala tak terkejar sy bila dihambat dgn urusan kerja lgi...
pada ptg yang berkelapangan, saya try pg..
terasa lain bila kita di dalam suasana Biah solehah..rakan2 sepejabat juga, jnis yang,suka ajak utk pg ceramah2 ini....penceramahnya pun hebat2..Kelantan ni kan banyak ulama' yang bgus2 dan berilmu tinggi...rugi sekiranya tidak mhadirkan diri..smmngnya inilah sbbnya Allah lorongkan hati saya 6 tahun lalu sms isthikarah utk membuat kpstn berpindah atau tidak ke USm.
mulai last mnth, Kelas Tajwid mula diadakan..last mnth sy miss sb balik ke Bertam dan bulan ni InsyAllah sya nak join...ada juga kelas Tahsin Quran tp sy sukar nak hadirkan diri sb wknd..terikat dgn kluarga... owh ruginya sy rasa..namun, sy cuba hadirkan diri ke mana2 majlis ilmu yang boleh..sukar bg sy yang beranak kecil hadir ke majlis ilmu kerana harus berperang dgn dua Mujahid Islam yang aktif itu, makanya, CSE sms waktu kerja saja waktu yang terluang utk sy mdlami ilmu akhirat InsyAllah...itu pun kalau tiada bnda yang urgent utk buat.
ilmu agama bukan terhad kita belajar smsa zaman kanak2 shja... smmgnya sms kanak2 kita dah belajar tajwid, balajr bacaan Alquran, belajar solat..but pada saya, semakin di telan zaman, kita smakin lupa dan mgkin sdkit sbnyak amalan kita itu semakin kurang ketelitiannya.. maka haruslah kita memperbaharui ilmu kita agar amalan kita seharian semakin mantap...semakin bnyak kita belajar, semakin banyak kita sedar akan salah silap kita , maka kita boleh memperbetulkan amalan kita...
tak de kurg pun pahala atau luak walau sdkit pun amalan kita jika kita luangkan ms mcari ilmu agama ni....sudah jatuh hukum Fardhu Kifayah utk belajar ilmu tajwid manakala membaca Alquran itu hukum nya Fardhu Ain.. tak sure makna Fardhu Ain dan Kifayah? cek link Fardhu Ain &Kifayah
jikalau seseorang itu tidak belajar dengan guru ilmu tajwid dan mengamalkannya , nescaya adalah dia termasuk daripada golongan yang rugi yang amat besar dimana dia termasuk di bawah firman Allah Ta’ala :
الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُم في الحياةِ الدُّنيا وَهُم يَحْسِبونَ أََنهم يُحْسِنونَ صُنعًا
Maksudnya: “Mereka itulah orang-orang yang telah sesat perjalanan mereka itu dan yang telah batal amalan mereka itu pada masa hidup diatas dunia, walhal menyangka mereka itu bahwa sungguhnya mereka itulah orang-orang yang mengelok ia akan perbuatan dan amalan yang dibalaskan mereka itu atasnya.”
Dan dia juga akan termasuk dalam golongan yang didalam sabda Nabi S.A.W :
رُبَّ قارِئ للقران يَلْعَنهُ
Maksudnya: “ Banyaklah orang membaca al-Quran walhal al-Quran itu melaknat akan dia” yakni apabila mencedera ia dengan segala huruf kalimahnya atau segala maknanya.
kdgkala pndgn sstgh individu yang merasakan belajar tajwid, solat, membaca Alquran ini hanya utk budak2 sahaja. Dan ada juga yang malu utk belajar Tajwid dan membaca Alquran kerana merasakan ia adalah perkara yang mereka spttnya sudah tahu ttpi mereka tidak tahu atau tidak mahir, maka mereka malu utk belajar.padahal tiada istilah malu dalam belajar agama. teringat kpd watak Aiman dlam drama Bunga-bunga Syurga yang malu kerana belajar membaca alif ba ta di kala usia sudah 20an dan malu apabila anak2 yatim memanggilnya Ustaz apabila dia mengajarkan muqadam sedgkan dia baru merangkak2 membaca Alquran. terkesan kerana ramai org skllg sy yg begitu...
kita tidak malu utk belajar menjahit kerana kita tidak pndi..kita tidak malu belajar bahasa Jepun kerana semmgnya kita tidak tahu..kita juga tidak malu mengikuti kursus2 utk memperdalamkan ilmu dlm bidang pekerjaan kita kerana ilmu sntiasa berkembang dan kita perlukan ia dlm pekrjaan kita..tetapi kita malu utk memperhalusi solat kita, dan memperbetulkan bacaan Quran kita kerana malu sekiranya org lain tahu kita tak pndi baca quran, kita malu org lain tau kita solat salah caranya walhal seharusnya kita malu pd Allah kerana itulah amalan harian yang kita persembahkan kepada Nya sehari2... entah stiap hari solat, berapa rakaat sj yang diterima... wajarkah kita malu sebenrnya...
maka, sahabat2 yang saya kasihi, marilah kita meluangkan masa kita barang sejam dua dlm smgu utk mendalami ilmu agama kita..mudah2an, amalan kita akan lbih diterima Allah...tiada istilah sudah terlambat utk belajar esp ilmu agama.
sapa yang ada di KB dan free, bolehla join program ni..mmg bagus..