Monday, October 7, 2013

Set Bersalin yang Mana satu pilihan hati???

Datang seorang patient jumpa saya...bertanya mengenai set bersalin  untuk berpantang...
Hari due nya sudah tidak lama, tetapi dia masih pening untuk memilih set bersalin  yang sesuai...

Katanya " ada yang suggest amik set Bersalin Nona Roguy, ada yang suruh beli Tanamera, ada kata suruh beli Shaklee ..saya pening puan..."

"Puan kena tengok balik, set bersalin puan nak beli ni sebab apa?Puan nak beli untuk kegunaan luaran atau puan nak untuk pemakanan dan kesihatan dalaman?" kata saya. 

" Mahukah jika saya berkongsi pengalaman saya dengan puan?" tanya saya balik.

"mahu. sila lah..saya mahu mendengar" kata Ibu muda ini. 

" pengalaman saya, bila kita berpantang, kita nak kesihatan luaran dan juga dalaman. Puan boleh tengok set bersalin yang puan nak ambil tu. Ada set bersalin untuk kegunaan luaran sahaja seperti pilis, mandian herba, minyak barut dan lain-lain. Ada yang untuk pemakanan sahaja seperti pati ikan haruan dan lain lain." kata saya. 

"ada sesetengahnya yang ada kedua dua skali tetapi tidak banyak jenis di dalam nya.. Contohnya, ada minyak barut, ada pilis dan mandian herba. Dan juga teh slimming dan jamu untuk makan. Harga kesemuanya lebih kurang RM300-400 the last time saya check." kata saya.

" betul!! saya dah tengok semuanya lebih kurang harga tu. sebab tu saya confuse. mana yang saya nak beli." kata Ibu muda itu lagi. 

" puan ada badjet lebih?" tanya saya.

" ada..untuk kesihatan isteri saya, insyAllah ada " jawab suaminya pula. 

"mahukah saya bagi cadangan untuk puan dan suami?" tanya saya.

" boleh...saya nak tahu juga apa cadangan Puan" kata suaminya.

" hmm.. jika ada bajet lebih, saya sarankan Puan beli dua set berasingan. Satu set kesihatan luaran seperti contohnya Set Bersalin Tanamera. Set luaran ni ada pilis, herbal wash, sabun, minyak urut dan lain - lain. Ini nak bagi badan kita rasa segar, tak masuk angin dan time ni la kita nak manjakan diri kan selepas berpenat lelah bawa anak 9bulan kan...Encik pun mesti nak isteri kembali slim kan.." kata saya. 

Tersenyum suaminya mendengar. 

"Dan untuk pemakanan, puan carilah set bersalin Shaklee. Set Bersalin Shaklee ni, dia ada pelbagai jenis vitamin dan mineral yang penting untuk badan especially selepas bersalin. Bila bersalin, badan kita ni ibarat macam kita cedera, luka. Kita mesti nak cepat sembuh, nak aktif seperti biasa kan... jadi set Bersalin Shaklee ni, ada Vitamin C yang perlu untuk bantu penyembuhan kulit dan luka, ada Bcomplex utk hasilkan sel tisu baru, ada zat besi, ada kalsium untuk tulang dan juga Zinc untuk sembuh luka. " terang saya panjang lebar. 

" habis tu jamu semua tu tak perlu ke ambil?" tanya ibu muda tadi. 

" kalau pendapat saya, bukan semua jenis jamu kita perlu ambil.Memang tak dinafikan ada jamu dan herba yang baik untuk badan contohnya manjakani, habatusauda, lada hitam dan halia contohnya. tetapi herba dan jamu ini tidak lengkap vitamin dan mineralnya. Takde satu jenis makanan pun yang lengkap ada kesemua keperluan nutrien untuk kita. Sebab tu kita disarankan makan pelbagai jenis makanan dan seimbang untuk pastikan badan kita sihat. Terutamanya selepas kita bersalin. lagi la keperluan tubuh kita meningkat terutama jika kita menyusukan anak.Kita perlukan pelbagai jenis vitamin dan mineral dan juga protein tambahan untuk pastikan badan sembuh dengan sempurna dan air susu yang berkualiti untuk anak kita. "

" Jika pemakanan kita tak seimbang dan sihat, air susu untuk anak juga tak cukup berkhasiat. Macamana anak nak membesar dengan sihat. Lagi pun Set Shaklee ni, boleh makan sampai selepas habis pantang. Ia sesuai untuk menyusukan anak pun..kalau nak makan sekarang pun boleh..takdak hal..Lagipun masa dalam pantang ni  pilihan makanan kita terhad dengan ada orang sayur dan buah pun tak makan. Jadi macamana kita nak cepat sihat kan..." kata saya.

" Jamu juga sebenarnya boleh sebabkan anak jaundis atau kuning. Apa yang ibu makan akan pergi kepada anak melalui air susu.Tapi jika ambil vitamin etc, tak kan bagi kesan sebabkan anak kuning." kata saya..

"Jika puan nak maklumat lanjut, Puan boleh buat rujukan pada satu blog kawan saya ni. Pn Salwa. Beliau adalah  Pengedar SHAKLEE Malaysia yang menjual SET BERSALIN SHAKLEE. Banyak maklumat lanjut mengenai set bersalin Shaklee ni. Buat pembacaan dan jika puan rasa baik untuk puan boleh la beli. InsyAllah sahabat saya ini akan bantu puan..Just info bgtau kata puan ni patient saya.." kata saya sambil tersenyum. 

" insyAllah...lepas ni kami balik dan survey. Terimakasih ya ..Puan banyak tolong kami . lari topik pula hari ni..datang nak tanya pasal menu berpantang.. " kata mereka sambil ketawa. 

" takde hal..kalau nak jumpa lepas bersalin n nak diet untuk ibu menyusukan pun boleh..saya insyAllah boleh tolong nanti ya.. "kata saya. 


* ini hanyalah pendapat peribadi saya . Tak berkaitan dengan mana mana syarikat. =P

No comments:

Post a Comment